Sembilan syarikat tempatan memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) bernilai AS$7.5 bilion atau hampir RM34 bilion bersama syarikat konglomerat Arab Saudi, Ajlan Bros Holding Group pada Isnin.<br /><br />Menurut Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelaburan secara kolektif itu melibatkan pelaburan dalam sektor semikonduktor, perdagangan sosial, teknologi perubatan, industri pertahanan dan hiburan.
